Aku suka filem pendek… pendek ringkas tapi padat.. tak semua short film itu bagus, ada yang lousy, tapi selalunya short film ini bermutu tinggi. Kadar waktunya kadang2 hanya mengambil masa 10 minit dan mengambil 1-2 scene sahaja.. tapi cara olahan dan penyampaiannya sangat menarik.
Di kaca tv, jarang sekali kita dapat menonton filem pendek yang bermutu dan seronok di tonton. Hanya selitan di Hallmark aje yang aku selalu tonton. Terpaksa menunggu di celahan2 movie hallmark (ada yang best ada yang mengantok) demi menunggu filem pendek.
Kisah di filem pendek tidak perlu terlalu complicated.. terlalu panjang dan merelet.. isunya hanya 1 atau 2 dan selesai dalam masa beberapa minit.. aku mampu menonton sebanyak mana short film (kejap short kejap pendek) dalam 1 masa… tak semua filem biasa tu meleret dan merapu.. tapi banyak aje karya yang lousy.. kita tidur atau lari keluar wayang tak sampai ½ cerita… (aku xpernah buat sebab kalau cerita tu lousy aku xkan beli pon tiket)
Antara kisah pendek yang ku ingati
1) pemandu teksi muda & wanita yang tergesa2 nak pergi interview.. mereka stuck di 1 lorong, nak keluar tak boleh sbb jalan raya terlalu sibuk 24 jam… so mereka stuck ber2. menghabiskan masa ber2.. si perempuan bersedia nak pergi interview.. dengan suit business dan portfolio kerja… si lelaki hanya memandu teksi yang gemar melukis namun mereka stuck berdua..
so.. mereka berdua dalam masa yang agak lama.. sampai 1 hari… si gadis lihat tiada kereta di luar sana … (I wonder how they survive.. makan semua)… dia sibuk nak keluar tapi portfolio nya penuh dgn contengan si lelaki.. pada mulanya dia agak marah.. tapi bila diamati.. portfolio itu penuh dengan lukisan wajahnya.. so mereka hidup aman bahagia selama2nya… (kind of.. sampai ada anak..).. comel sungguh kisah cinta fantasi tu.. xperlu ada bot xperlu ada gondola ataupon buaian sakti di pokok… hanya sebiji teksi, lorong yang comot dan portfolio si gadis.. )
aku bukanlah insan (aku tertaip insane.. hahaha I am not insane either.. maybe not yet) yang cerdik pandai dalam bidang seni.. aku hanya menonton, membaca dan menikmati karya insan lain.. aku suka seni yang simple dan aku suka menjiwai seni yang ringkas dan menarik.. dan aku juga gemarkan seni yang tidak digembar gemburkan… aku tidak pernah tertarik pada iklan yang terlalu gempak.. bagiku iklan yang simple sahaja sudah memadai jika ianya ada nilai seni yang istimewa… (film/ muzik/ lukisan/ kalaran/ fashion/ rekaan/ gubahan.. etc)
aku juga sukakan lagu yang simple dan senang.. lagu yang keterlaluan tidak pernah menarik minatku… dan aku juga suka pada karya yang dikatakan sudah lapok. Biarkan aku menikmati lapok asalkan aku tidak menjadi manusia typical.. J yeps.. aku tidak suka mengejar apa yang dikejar ramai orang. Aku suka istimewa.. dan biasa. Istimewa bagi ku adalah biasa pada orang lain.. dan aku juga adalah manusia biasa yang tidak istimewa.. jadi ini hanyalah bebelan sekadar pendapat sahaja kan ..
berbalik kepada filem pendek (ya bukan kisah aku saja)… ada channel di youtube.. Future Shorts.. (refer gambar)
you may check it out… I even posted few vid’s from the channel which is.. like.. I haven’t watch all their shorts / vid’s
tapi aku rasa most of them.. sgt nice… no harm trying kan ? Hehe
and if you happen to know any channels yang ada shorts.. do let me know??
=D
Cheers Friday





2 comments:
hahah citer Remy yg ada part mandi shower tu kan?
dulu2 arwah yasmin ahmad ade byk kot citer pendek..tp aku x ingat sgt
mana nak tonton tu yang penting
takat youtube nak mencari tu susah
pastu kdg2 slow kan
ko try la future shorts tu... menarik.. (pada
Post a Comment