Oh! Hari Isnin…
Selalunya persoalan pertuduhan bukan sahaja terjadi kepada orang yang bersalah.. malahan orang yang tidak bersalah pon sering dituduh.. itu namanya dugaan.. fitnah dan sebagainya…
Seringkali aku melihat tuduhan akhir zaman terjadi dari orang yang melakukan… contohnya: Manusia yang amat suka berborosan dan membazir akan menuduh orang lain yang takde pon membazir tahap dia sendiri buat.. malahan tak mampu pon membazir macam dia.. tapi dengan lantang dia akan mengatakan orang lain membazir dan melakukan perkara itu walhal diri sendiri lagi teruk dari orang yang dituduh.. worst.. orang yang dituduh tak buat pon perilaku itu…
Dan untuk soal pengakuan.. zaman sekarang orang akan mengaku perkara bukan2.. seperti. Saya adil, saya baik, saya amat alim, saya amat tidak kejam malahan selembut marshmallow dan mengikut ajaran.. walhal orang buta sekalipon boleh nampak dia tidak seperti yang diakuinya… rasanya firaun dulupon tak mengaku dia zalim dan kejam.. hitler, stalin dan segala manusia yang kejam lah.. sure dia rasa dia soft dan baik kepada orang yang baik dengan nya… dan kekasih Allah sendiri pon tak pernah mengaku dia terlampau baik, terlampau2 adil.. jika tidak, masakan amal ibadat beliau tidak dapat ditandingi kita dizaman kini.. sedangkan telah dijanjikaan syurga.. kita yang tak dijanjikan apa-apa ni pula yang beria mengaku itu ini… malahan orang yang tak ada kena mengena dituduh penipu, munafik, membawa benca dan sebagainya… bukankah sepatutnya orang lain yang melihat kita bukan diri sendiri menilai 100% tentang diri kita… dah sifat manusia.. mana ada yang nak mengaku kelemahan sendiri… tak ada makhluk pon yang berani mengaku dia “berak” di tengah jalan.. anjing pon kalau boleh bercakap takkan mengaku.. dia yang dump dung tu kat simpang jalan raya… dia pon tahu malu kan . :P kalau ada pon bertapis2 kot.
Jadi ini adalah kisah fitnah dan temberang lah kan ??
Susahnya kalau manusia yang rasa diri itu amat betul 100%... tinggi diri dan bayang2 pon tak boleh dipijak.. bayangkanlah keangkuhan sampai bayang-bayang yang tentu bersepah mengikut cahaya matahari/lampu tak boleh dipijak.. sedangkan semua yang ada pada dirinya.. harta, kekayaan, ilmu, kuasa itu sementara.. bukan itu aje.. hidung, mulut, anak tekak, semua pon dipinjamkan… tapi angkuh-seangkuh-angkuhnya.. sombong dan bongkak..
Aku pon tak tahu kenapa aku membebel pagi-pagi Isnin ni.. maybe kerana colleague aku tak datang lagi jadi aku slow-slow kumpul kerja dari hari Jumaat lalu.. or maybe aku banyak sangat berfikir tentang semua isu..
Masalah sedar… mati tu memang pasti Cuma kita tak tau bila akan jadi.. bila kita tak tau bila nak jadinya.. kita mungkin jadi leka atau aware.. tapi kebanyakannya leka dibuai kehidupan.. aku sendiri pon selalu dibuai hidup.. bukannya ingat mati.. kadang2 lupa walaupon maut tu menjenguk kita selalu setiap masa.. kalaulah maut tu boleh dinampak… maka segala kepincangan tu takkan terjadi. Semua baik aje.. akur dan taat aje.. tak kisah la semua hukum pon akan difollow sampai yang semudah2 hukum dan garis panduan..
Selamat mengharungi kehidupan kita.. InsyaAllah. Kita bukan dari pihak yang?? Leka... :D harap2lah... (untuk diri sendiri terutamanya)....
ps/semoga semuanya selamat.. hehehe *wink wink*

4 comments:
manusia lebih suka memandang kekurangan org lain daripada memandang kekurangan diri sendiri...
kalau stkt pandang kekurangan org lain tp tak kepoci ok lagi...tp ni dahler sibuk mencari kekurangan org lain, lagi mahu mengupas kekurangan org lain tanpa sedar kekurangan diri sendiri.
lagi teruk, kalau org lain menegur kekurangan dirinya, dia terus melenting, tp kalau dia menegur kekruangan org lain, mcm2 alasan yg diberi utk sokong teguran dia...huhuhu
yup betul..
nak nak org yang berada di "kedudukan yang tinggi"..
ego tak kena tempat and dia aje betul..
diktaktor tu namanya.. kenala terima teguran yang betull.. ada teguran yg tak betul tp tak semua tak betul kan? huhu
Saya juga merasa diri saya lebih betul dr org lain. Semua org mcm tu. They think they are better/superior than the others.
manusia mmg ada kelemahan.. cuma nak mengakui tu.. payah sket.. kan? ^_
Post a Comment