Tuesday, July 12, 2011

Dato F dan segala possibility/probability hidup ini

ku telah meninggalkan kerjaya sekretaris ku hampir 3 tahun lamanya…  Aku pada asalnya bukan datang dari background sekretaris tapi aku mampu menjalankan kerja-kerja feminine separa H.A sebagai sekretaris (tanpa berskirt.. awww).. aku menguruskan hal-hal follow up dengan HODs, menguruskan perjalanan directors yang dating dari luar KL, penempatan, and kadang2 lunch segala mak neka makan minum, segala jenis appointment untuk man-nagging director itu.. dari doctor sampai la ke golf, urusan insurance, derma2 kursus dan segalanya2… walaupon aku tak reti satu hapa pon tentang m&e (mechanical & engineering) tapi aku berjaya buat minutes meeting… Tanya la here and there term2 yang kejam tu.. salah dan silap amponkan lah kan..

Sewaktu syarikat mengalami kejatuhan yang amat teruk, seorang current deputy minister (yang juga bekas menteri salah sau kementerian) telah membawa masuk beberapa orang Dato’s dari sebuah syarikah yang aku gelar “MP”.. mereka yang datang dari MP dikatakan agak kejam dan strict.. Semudah ABC pekerja dari syarikat aku dicaci, dihina… dan salah seorang Dato’ itu ialah Dato’ F.. berusia hampir 60 tahun, botak licin, berkulit ala2 gelap dan bermuka angkuh.. sangat-sangat kuat smoking (ewww... tak suka asap rokok)... dalam aircond meeting pon sentiasa merokok berbatang-bantang sehingga sesiapa yang lalu akan terlekat bau asap rokok... beliau menjadi HEAD untuk “Project Dept” dan dihantar ke “site JT” untuk menjaga project itu...  automatik boss dari dept menjadi tikus bila mengadap Dato F.. haha why?? Sebab dia garang?? hehe

Tabiat buruk beliau bukan sahaja merokok tak kira dimana... malahan beliau amat kuat MENCARUT...  dan MAKI HAMUN ^_^ semua perkataan tak lengkap tanpa perkataan F... tak tau la dia puja anu dia sendiri ke, hobi masa lapang dia or memang kena tekankan semua perbuatan menggunakan simbol F... contoh: U’re slow... dia kena cakap.. u’re f***ing slow.. F**K! atau F**K u! u’re slow..  slow dengan f**king slow.. f**k! tu.. tentu2 f**king slow! f**k tu sesuai dengan kelembapan berganda.. Cuma masa bekerja.. perlu ke nak f**k here and there.. bukannya ko atas katil pon kan.. lols.. so far carutan lain tidak kudengar.. Cuma F aje.. dan suara beliau amat kasar, lantang dan kuat. Boleh terkencing kot kalau kena.

So kami pon menggelarnya.. Dato’ F… (bukan f**k just F.. tak baik beri gelaran hina2 kan walaupon dia kejam.. huhuhu)..

Sehinggalah aku meninggalkan pejabat berkenaan.. cerita Dato F, mr. O dan semuanya aku tutup kemas2.. moved on la konon.. pergi meninggalkan pejabat dengan rela.. hati sakit gitu..

Namun begitu.. dikaki lima beberapa hari yang lalu.. aku ternampak wajah familiar... oh! MG.. Mr. O gitu.. he saw me tapi maybe rupa aku berubah kot sejak tak jadi sekretaris.. lagipon dah tua sikit mehh… jadi aku buat tak tahu aje..

Tergerak hati nak selidik (pelupa memang kena selalu selidik checki semua).. aku ke pejabat sebelah seperti biasa...  aku tengok ada Annual Report 2010 dan aku selak.. haha maybe kerana short term memory loss yang aku dapat gara-gara banyak makan kicap.. I almost forgot pasal syarikat MP… aku bekerja di bawah syarikat MP sekarang.. bukan direct tapi boss aku adalah someone dari MP.. and tadaaa…. Nampak muka Dato’ F di dalam annual report.. oh! Yeah!

Dunia ni kecik kan.. pagi tadi duduk jujur2 tunggu pintu dibuka, lalu merz kelabu yang sgt berkilat warna silver sporty… and yay!! It’s Dato’ F.. dengan kepala licinnya.. (haha it sounds so wrong kan), spek dikepala, dan muka eksyennya.. And aku ke tempat HR manager ku untuk menghantar dokumen2.. tup2 aku ternampak Dato’ F didepan pintu biliknya (I guess sbb tak penah masuk sana..) and dia nampak aku dia melambai penuh ceria.. huhu I guess dia Nampak aku masa aku dok tengok dia pagi tadi drive merz kat parking tu.. ho! ho! Nampaknya muka aku menten la kan.. :D maybe dia bukan macam mana dia dekat opis lama kot??

Pi mai tang tu.. 2 tahun dah aku blah dari company lama tu.. end up aku duduk sebelah opis Dato’ F… takdir namanya.. kalau Allah dah tetapkan kita akan bertemu dengan sesiapa sekalipon.. memang kita pasti akan dipertemukan tak kira macam mana cara sekali pon… contoh terbaik ialah Dato’ F la.. dalam aku tak suka asap rokok dia… tak nak dengar curse dia.. f**k sana sini.. last2 HR manager aku dekat sana.. dan aku kena jugaklah masuk office MP tu almost every day! Kita akan berjumpa lagi Dato’.. lols

So kesimpulannya… walau apa pon dalam hidup tu.. kalau memang itu ialah ketentuannya.. redha kan lah… dan tak perlu mengharap menanti terlebih2 kerana jawapannya sudah ada cuma kita kena bersabar.. ½ dari Iman ok! Sabar…  (susah tu...)

Jadi.. Chances aku nak jumpa SRK tu tetap ada kan?? :P

Daaaa… kita minum dulu…!

5 comments:

plug2pin said...

kkdg org yg kita tak nak jumpa tu la, kkdg wujud dpn mata

Cik Liza said...

huhu tu la... tu la namanya cobaan.. huhu yg tak diingini la berlambak depan mata kan.. lols..

tapi mana tau kot2 nanti berbaik?? :D

plug2pin said...

mn th kan? hehehehe

zarul said...

Kdg2 tak jumpa lebih baik... huhuhu... :P

Cik Liza said...

kalau dato f tu pon rasanya mmg tak patut jumpa.. huhu

bau asap rokok aje.. >_<

Post a Comment

 
Liza the Lizard: Portrait of a .. weirdo. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino