Sunday, August 21, 2011

my Ramadhan without my daddy

Tahun ni genap 4 kali  Ramadhan tanpa abah... 2008 - 2011.. masih terbayang-bayang Ramadhan dan Aidilfitri 2007 dimana kami sekeluarga pulang ke kampung dalam masa sehari sahaja yakni pada hari raya pertama dan pulang pada waktu petang/hampir malam...

Agak sukar sebenarnya untuk aku memulakan ramadhan tanpa tidak teringat pada rutin kami sekeluarga masa abah ada... pada hari pertama di umumkan esok puasa.. arwah abah akan mengajak kami sekeluarga untuk membaca doa berpuasa 1 bulan and setiap hari without fail dia akan remind kami.. dah baca doa puasa dah? huhuhu and aku juga suka mendengar suara abah ketika dia pulang dari surau.. dia akan berbual dengan pengerusi surau (jiran kami) and suara dia aku dengar tanda dia dah balik.. esp waktu subuh dan isyak..

Dah 4 tahun takde dah.. huhuhu so mama menggantikan abah mengingatkan kami semua...

And hari ni aku ke pusara (1st time in Ramadhan) melawat pusara abah.. bukan dah lama tak melawat. last visit adalah somewhere before Ramadhan.. and kawasan pusara berhampiran rumah memang sedang "direnovate"... tanah-tanah baru dibuka bagi menempatkan pusara baru... and aku seakan confuse mencari mana pusara abah... Sometimes i can be very sengal dalam bab-bab mencari.. huhuhu

Alhamdulillah.. hijau dan damai aje suasana di pusara.. huhu

Al-fatihah untuk arwah abah, embah lanang (atok), embah wedok (nenek), opah, atok, onyang, makcik, pakcik dan semua saudara mara kita dan saudara seislam yang telah mendahului kita dengan iman.. InsyaAllah.. semoga Allah meletakkan mereka dikalangan mereka yang beriman... huhu

2 comments:

hk said...

Moga tiada putus doa kita dan bacaan Al Fatihah kita buat insan-insan tersayang ini.

Cik Liza said...

huhuhu tq encik HK

Post a Comment

 
Liza the Lizard: Portrait of a .. weirdo. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino