Wednesday, August 10, 2011

nipisnya sabar itu


Bulan Ramadhan dah nak masuk phase 2 iaitu.. keampunan.. hehe Alhamdulillah syukur.. sebelum phase 3 (pembebasan).

Last night ada tazkirah pendek (around ½ hour) oleh Ustaz Fathoni.. ada 4 cara iaitu..  aku lupa berkenaan apa tapi 4 cara untuk medapatkan adalah dengan mengucapkan salam, memanjangkan silatulrahim, berkongsi makanan/ kesenangan dan juga qiamulail/ solat malam..

Hati aku terpana apabila sampai bab berkongsi.. sharing.... is caring? (:P) berapa ramaikah antara kita berkongsi dengan ahli keluarga.. apabila kita membawa rezeki.. pendapatan dan hasil dari apa jua pekerjaan yang kita kerjakan.. tentunya kita akan share dengan orang-orang disekitar kita dan ada juga yang akan diinfaqkan kepada yang memerlukan…

Akan tetapi sebelum kita membantu / meninfaqkan harta atau kesenangan.. rezeki itu kepada orang2 lain yang susah dan jauh dari kita.. hendaklah kita berkongsi dengan orang yang hampir dengan kita yakni satu rumah, sebelah rumah, satu taman satu kampong dan satu Malaysia?

Sharing is caring.. giving and taking.. tapi apa akan jadi sekiranya hanya 1 pihak aje yang memberi.. memberi memberi dan memberi dan the other party Cuma menerima…. Akan terjadilah fenomena (wah!) hilang keikhlasan itu… kita hanya manusia biasa… banyak dugaan, hasutan iblis dan juga iman ketakwaan yang amat tipis… aku juga insan biasa… banyak kelemahan… amat sukar bagi aku untuk kekal ikhlas dan sabar.. hendak2 lagi jika banyak elemen menyumbat masuk menjadikan aku sakit hati dan marah… jika diikutkan nafsu amarah dan benci, aku pasti akan bersuara keras dan berkelakuan keji.. ya aku mengakui aku boleh menjadi sekeji-kejinya and people won’t like me at all if I’m being evil.. aku berdoa siang dan malam agar diberikan kesabaran yang tinggi, rezeki yang cukup untuk menampung kehidupan harian dan juga kesejahteraan hidup dalam mengharungi dunia yang penuh pancaroba ini… InsyaAllah..

Kekangan hidup amat ku rasakan pada waktu ini… terutama dari sudut ekonomi (sebut tyle p.ramlee in 3 abdul)... so jangan sangka orang berkereta tu byk duit noks... kereta kenyang yang drive lapo.. huhu.. almost setiap hari aku berfikir panjang, adakah aku mampu sabar dengan dugaan.. sabar dengan keletah dan sabar dengan kehidupan seharian.. kalau dah tak lalu fikir tu yang jadinya tidor.. lolls.. Dulu (long time ago) ada orang pernah mengatakan aku mempunyai tahap sabar yang agak pelik namun hanya tuhan aje yang tahu betapa sakitnya hati mendiamkan diri dan bersabar itu..aku cuba untuk tidak menjadi pengungkit tapi susah.. iblis banyak hari-hari.. so kadang2 tak sebut di mulut tapi terlintas dalam benak fikiran.. choih...

Semoga kesabaran itu kekal bersama ku… dan semoga keikhlasan itu akan muncul lagi… =_=

Selamat datang fasa ke 2 ramadhan.. semoga Allah ampunkan segala dosa dan kesilapan kita yang lalu.. insyaAllah.. kemaafan aku pinta jika sekiranya bait-bait kata-kata yang aku catitkan dalam blog serba lemah ini menyinggung kata2.. maafkan lah aku.. mana tau jika ini Ramahdan ku yang terakhir.. tsk tsk..

3 comments:

plug2pin said...

insyaallah semoga kita sentiasa bersabar dgn dugaan hidup

aku ni dah berapa pinggan yg jiran punya belum terbalas. asyik dok tangguh utk balas

Cik Liza said...

hehe kami bagi dlm plastik/ bekas pakai buang

wakakakaka

plug2pin said...

tinggal 3 pinggan lagi utk dibalas..hehehe

Post a Comment

 
Liza the Lizard: Portrait of a .. weirdo. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino