Sunday, February 20, 2011
Events: Majlis Ilmu @ Surau Al-Husna
cuba kita fikir sejenak.. dalam masa 24 jam kita diberikan.. apakah yang kita lakukan dengan 24 jam itu.. 24 jam.. ada 1440 minit... tentu2 at least 8-10 jam (jika anda mumayiz anda memerlukan 10 kot)... anda tidak sedar.. ataupon tidur..
seperti di dalam entry Maulidul Rasul aku tempoh hari.. niat aku adalah untuk merubah.. aku nak menjadi ahli di dalam majlis ilmu.. aku sedar dalam keadaan aku tak banyak harta.. aku cuba menambahkan harta lain.. iaitu Ilmu..
sewaktu sambutan Maulidul Rasul disurau Al-Husna, mereka ada mention, ada ustaz jemputan pada 19 Feb 2011... so aku agree.. aku cakap dgn mama yang aku nak attend Majlis Ilmu tu..
dugaan Allah.. hari ni aku kerja full day... aku TERjempong.. bangun jam 8.00 pagi (*malu*) dan kemudian bergegas ke pejabat dengan di hantarin ibuku... sampai jam 8.30.. aku berkemas dan kemudian menikmati tose sebagai breakfast... tose garing.. sedap.. lepas tu masuk kerja.. jam 1.45pm bergegas pulang nak ambik kereta... ada task waktu petang di tambah mama sibuk memasak untuk Majlis Ilmu malam ini.. kemungkinan tak sempat nak fetch aku balik kerja.. nak di jadikan drama... hari ni lambat pulak habis... jam 6.30pm baru habis.. so jam 7.05pm aku bergegas balik menyiapkan senarai task pendek..
1) membeli makanan burung Puyuh
2) membeli ais untuk sirap di surau
3) membeli plastik sampah...
sampai2 rumah.. mama tgh pakai stoking... aku pon hantar ais yang berat tu ke surau.. Iyadh Auji pon follow.. lepas tu mama cakap.. "Angah solat di rumah datang lepas maghrib.."
choih! aku dah janji nak datang?? demm.. baru balik kerja.. lalu aku merempit balik, bukak kasut, mandi.. solat.. lepas maghrib.. terhegeh2 jalan sorang2 bawak beg kecik pergi surau.. lols
aku tengok.. ramai yang dtg.. ALhamdulillah.. lagi ada juadah disediakan oleh para ibu diketuai oleh Kak siti kata pengerusi majlis.. (Kak Siti = Mak saya.. :D)
so... apa alasan kita untuk tidak hadir ke majlis ilmu?? busy? letih? kalau busy kenapa kita tak pernah busy untuk shopping, tgk wayang, tgk konsert... pergi merayau windown shopping?
kalau hari kerja kita terlalu letih, kenapa hari cuti kita boleh merayau tanpa arah tuju??
di negara luar... sambutan Maulidul Rasul di adakan selama seminggu! 7 hari... negara yang kita label kan sebagai sekular... dan sebagainya menyambutnya penuh gilang gemilang.. so.. adakah kita layak di panggil negara Islam? kalau semuanya sekadar ritual ala kadar??
jam 10.00 malam.. aku MAKAN LUNCH.. sebab kerja sibuk!! takde sapa pon kan nak belanja.. balik2 rasa lesu terus on pc.. :) (itu mmg tak bagus!)
aku ingin menyeru kawan2 yang sudi singgah blog kecil ku..
cuba jengah ke surau... aku janjikan perkara2 ini
1) ilmu
2) ketenangan
3) rehat
4) kepuasan..
InsyaAllah.. jangan lupa ya? :D
ps/yes! aku berjaya ke surau..
by the very
Cik Liza
Labels:
Events
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

3 comments:
syukur...aku x dpt ke surau mlm smlm utk ceramah tu sbb aku bermlm rumah kakak..huhuhu
weee
TQ mimi.. takpe.. InsyaAllah nanti ko dpt juga.. mmg payah kan kalau hari biasa nak pi. mcm ada magnet kat umah
insyaallah.....kalau ari cuti pun byk alasan apatah lagi time keje..huhuhuh
Post a Comment