Monday, February 7, 2011

marhaen talks: nikmat berbaring dan tidur

malam tadi, tepat jam 10:30 malam, setelah diremind oleh mama saya bahawasanya esok bersamaan Hari Isnin, saya bekerja.. saya pon menyediakan baju ala kadar (gaya malas) dan mencapai segala baju dan seluar yang tidak memerlukan saya meng'iron' mereka...
setelah itu.. oleh kerana cuaca yang amat amat panas... saya pon terus menunaikan segala yang tidak ditunaikan lagi dah bersiap sedia untuk tidur..


baring di atas tilam adalah satu nikmat yang best kerana aku sedar.. tidur tidaklah nikmat kerana aku tidak sedar (kan? sapa tido sedar? Haji Bakhil?).. melainkan bila bangun.. baru rasa (wah.... sedapnya tidur.. define sedap tidur?:_____) rasa lega di kepala, mata dan sengal sedikit di badan sambil mengingatkan mimpi...


berbalik kepada nikmat berbaring... aku pon meletakkan kepala di bantal kekabu kampung yang ku beli di tepi jalan di daerah tapah or bidor or something.. (tidak pasti sebab di kampung2 sana).. aku dapat merasakan nikmat yang teramat2. aku memposisikan badanku dalam posisi yang amat selesa... aku pasang lampu bola sepakku.. lalu meletakkan sedikit minyak cap kapak di bahagia dahi dan belakang tengkuk ku... terasa berangin dam sejuk..


aku rasa lapang dan bahagia.... aku rasa takde sapa benci kat aku... takde sapa dendam sebab aku tidak pernah membunuh sesiapa... even tho hanyalah bantal kekabu yang berharga RM5... ianya mempunyai definisi empok dan selesa yang mendalam...


walaupon ianya bukan bantal yang di jual di kedai besar seperti Vono, bulu itik atau apa2 yang menjanjikan keselasaan tulang belakang.. aku tetap selesa... keamanan pikiran.,. ketenangan jiwa dan yang pasti.. aku dalam keadaan wudhu ketika itu? lols... bukan menunjuklah.. cuma nak menegaskan.. bila kita serabut atau marah... ambil wudhu bukankan satu cara untuk menenangkan diri kita??


aku tidak pasti berapa lama aku baring.. cuma aku tau.. hp aku menjerit2 tepat jam 6.20 pagi.. 6.25pagi... (langsung tak dengar azan??? OMG! tak bagus!)


haha selamat tidur para marhaen... cuma.. jangan asik tidur... sampai lupa benda lain..
ddaaaaa~

2 comments:

Rin Ahmad said...

best baca blog layd...

Cik Liza said...

gegegee

bebelan yang takde dlm FB/twitter/ig

Post a Comment

 
Liza the Lizard: Portrait of a .. weirdo. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino