Sunday, February 27, 2011

OMG! nasi lemak VS "nasi lemak"

nasi lemak sedap tak??? sedappp.. lemak berkrim di sukai ramai.. ada timun, ada sambal.. ada sotong, ikan bilis.. kalau pakai daun pisang.. ada bau harum daun pisang... dan berlemak.. tapi ramai jugak memusuhi nasi lemak..
"i tak makan nasi lemak.. i takut gemok"
"i dah lama tak makan nasi lemak.. i suka sebenarnya.. tapi i kena control"
"i makan nasi lemak.. tapi sekali sekala aje.."
hehehe.. pokok pangkal sebenarnya semua suka nasi lemak.. except certain case yang dia maybe allergic santan? hahahaha


ok... sapa suka "nasi lemak"... *wink wink*
nasi lemak ada dijual di pusat2 urut, toko2 pelacuran dan sebagainya... hahahahaha
so yang benci "nasi lemak" ni ialah.. orang yg benci kemungkaran, org2 yang ada suami/anak lelaki/adik/bapa yang might terjerumus ke kancah "nasi lemak" dan juga peraturan dan undang2... ajaran agama.. dan kerana dia adalah perkara yang terang2 maksiat.. diharamkan tanpa perlu dipersoalkan.


so.. apa kah kaitannya antara nasi lemak dan "nasi lemak"..


 VS




kedua2nya mengalami ancaman yang sama.. iaitu.. diancam oleh DBKL, MBSA, dan segala jenis MB, DB dan sekalian geng nya yang dari fungsi yang serupa..


namun, tidak semua nasi lemak itu di ancam.. kalau nasi lemak yang proper iaitu di food court, cafe or kopitiam.. dia confirm selamat.. tapi untuk yang tidak mampu menyediakan lesen dan sebagainya tapi mampu masak nasik lemak yang mervelous... mereka akan pakai van, letak meja payung dan jual nasi lemak..
ok.. mereka takde lesen.. mereka kena tolak.. macam mana pulak dengan... "nasi lemak" yang nyata haram?? mereka pon kena sita dan semua para "pelac" (we do call them "pelac" in our house.... ) di tangkap.. di susun rapat2 di dalam berita keluar dan tutup muka mereka pakai beg ke... paper ke. sambil tunjuk badan ..
baju skimpy kan?? ada ke "nasi lemak" tutup bungkus pakai kemeja lengan panjang, slack longgar??? hello.. hehehe..


so.. bila nasi lemak tahap kecil di tolak/bungkus oleh DB MB tu... barang2 jualan akan di rampas.. iaitu tupperwear, periuk nasi, nasi, lauk2, kuih.. and kita tau... modal mereka bukan kecil.. tapi xlah berpuluh ribu.. tapi kalau dah namanya baru nak mula.. bukan semua ada ribu2.. so mereka rugi barang (1), dan juga kena bayar denda.. meja pon kena sapu skali dgn alas meja..
kalau pula "nasi lemak" di ambush.... dia akan di "sita" (i doubt so..), dan para "nasi lemak" akan di tangkap, diperiksa tengok permit dan sebagainya..


tapi... kenapa aku rasa.. "ambush2" kat dalam berita tu.. TAK ADA MAKNANYA... kan ada premis yang sampai dah 20 kali kena ambush/sita tapi masih gah beroperasi.. "nasi lemak" kat KL ni bersepah.. pelbagai jantina dan pelbagai umur..


meh kita try tgk faktor2 nya..


1) dilindungi oleh seseorang
korang rasa.. ada tak orang yang mempunyai kuasa2 gaban ni lindungi "nasi lemak"... (hehe teringat sorg menteri ni emo sebab di tuduh ada masa "spa nasi lemak" kena ambush di subang jaya... choih. emo kau..
and for nasi lemak. .ada ke sapa2 lindungi kedai nasi lemak?? bukan aje modal abis, kena keluar modal baru.. and sapa lah mereka kalau tak marhaen?


2)RM..
mampu tak seorang yang bisnes jual "nasi lemak" ni bayar DB MB dan sebagainya.. kalau kena denda boleh bayar tak??? boleh.. baper harga 1 "nasi lemak"... kalau kategori "nasi lemak" kecil2an dan tidak serious (chia)... maybe paling murah dgn harga prepaid RM5 takpon burger Ramly pon cukup..
kalau "nasi lemak" pro... mesti lah RM riban kan. for nasi lemak.. paling mahal kalau kat meja2 tu.. RM1.50.. RM2.00.. tu kira dah kena maki dah.... RM2.00 kena la ada telur mata kerbau ke.. xpon telur dadar... baper ribu sangat boleh jual.. paling banyak pon ratus2 je.. tu pon pukul berapa korang kena bangun nak masak semua?
pi pasar, beli barang, masak, packing, beli polistrin etc.. kalau la nasi lemak tu pandai siap kan diri sendiri macam "nasi lemak" kan senang..


3)halal haram..
nasi lemak ni... halal kan.. yela.. tengok la sapa masak.. kalau ca ya tu masak.. dia masuk ba alif.. jadi le haram.. tapi kalau orang melayu jual.. confirm halal kan.. kalau ing ing ing (do) tu... boleh jadi syubahah.. sebab ramai je ing ing ing (do) ni keje kedai cina jual ba alif... kan...  so halal dari segi agama, tapi jadi haram dari segi undang2 sebab tak de lesen.. (oh ikut peraturan..) and kalau ada lesen dia selamat la. (which is not cheap kan?)
"nasi kemak".. confirm haram.. takde nya masuk bab terdesak... darurat.. ok.. ni boleh kait dgn Dr Mashitah dan fatwa beliau..  lets recap
[ Hukum di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang. Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu `terpaksa', membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya." 
"Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan." 
"Perkara dilakukan dalam suasana dharurat terlepas daripada hukuman biasa." 
"Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan dharurat ia dimaafkan' 
"Di sini lah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu. Orang terdesak dan dharurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, bahkan dia tergolong layak terima fitrah." 
" Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak dharurat". ]


OMG!.. ok.. aku bukan seorang yang bijak pandai tapi aku tau benda tu tetap haram.. matlamat tidak menghalal kan cara.. and perkara yang Haram Itu boleh jatuh jadi boleh (i dont think so wajib) jika ianya jatuh haram pada 1 pihak..
contoh.. macam masa takde food, takde apa2 air pon xde apa... so ada babi aje... boleh makan sebab kita memang haram makan babi tapi babi tu tak haram kalau dia nak makan kita.. (ada ke babi makan orang) and kalau kita sentuh pon haram.. babi takpe kalau pegang kita... Kalau BABI tu pegang kita.. (hai orang..) dengan syarat,, takde makanan lain selain babi.. daun takde , buah takde, bunga takde, ayam takde, air ciput.. kena gak makan babi.. boleh.. tapi jangan sampai buncit..
cukup sekadar utk membantu kita hidup.. enuff.
so haram 1 pihak.. ok.. (thanks Ustaz Azhar atas penerangan). if pelacuran tu masuk bab darurat.. ok, si ibu darurat.. takde dah PM ke.. menteri ke.. JKK ke... toot cawangan ke... ketua kampung, jiran.. semua takde.. ada 1 aje manusia ialah pelanggan... ok.. anak dia dah nak mati sebab tak makan.. and ada lelaki tu aje..
so dia kena melacur... dia terdesak sebab nak kasi anak dia makan... lepas 1 bab.. bab laki tu.. apa yang mendesakkan dia untuk make-love (u yeah) kepada wanita itu.. xleh meh tolong dari segi lain? bagi makan ke... kann???? dehh.. so haram pada lelaki itu.. bila ada unsur haram dalam perkara halal.. ianya jadi haram.... dot.
macam bubur nasi 1 kawah.. letak secubit taik ayam... hahahaha Halal tak??? hehehe


4)penguatkuasaan..
:D no need 4 me to explain further right


and 1 lagi... bias di sana.. 
kalau bangsa kita sendiri.. org M especially.. mudah aje di tolak2... kalau bangsa lain.. senang aje... bayar.. ataupon tidak diusik pon.... kedai jual keropok, buah, tom yam.. nasi lemak, baper banyak kena tolak.. pernah nampak tak kedai ca ya kena?? JARANG2 kata P.Ramlee.. (owh! i love u P.Ramlee)


end up this conversation ends for nothing.. sebab... aku semut kecil.. 
cuma yang aku harapkan di dalam diri ini.. dunia ini.. dunia ku.. malaysia ku.. 1malaysia.. keadilan untuk semua dan kemanan untuk semua..


so next time.. i'll talk about ponzi dari sama jenis.. that will be so much fun kan? yay!!


thats all for now from me... cu when i cu. 
lets eat nasi lemak.. shall we?

5 comments:

zarul said...

What a post! :P

Cik Liza said...

:P u want nasi lemak? :D

hk said...

Nice new blog skin, nice new entry and of course nasi lemak is nice too :-)

plug2pin said...

nak nasik lemak satu bungkus!! ;)

Cik Liza said...

kui kui kui... thanks pak asan.. :)

plug.. wokeh! sotong? hahahaha

Post a Comment

 
Liza the Lizard: Portrait of a .. weirdo. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino