Friday, May 20, 2011

kisah: haramkah anak haram?

Aku terdetik untuk mengulas perkataan ANAK HARAM.. hari ni aku pi gatal tangan dengar ceramah lahenet (not lahanat) seorang lelaki bergelang dan mengelarkan seseorang itu sebagai anak haram.. oh my! ANAK HARAM..

Apakah itu anak haram?? anak haram ialah anak yang lahir dari seks tanpa nikah... selingkuh, perogolan ataupon sumbang mahram.. anak haram ialah anak yang dilahirkan tanpa institusi kekeluargaan yang lengkap... kekasih yang belum berkahwin dan selalunya anak haram atau dengan kata yang manis "Anak Luar Nikah" merupakan anak yang tidak dirancang (eksiden) dan hadir tanpa diundang... 

Adakah "anak" ini bersalah?? Tidak sama sekali... anak ini adalah suci sesuci anak-anak lain atau anak halal yang punya ibu dan bapa... yang haram jadahnya ialah 2 manusia yang berselingkuh tanpa nikah dan tak reti2 nak control or merancang perilaku mereka.. namun Tuhan lagi mengetahui kerana setiap hubungan selingkuh tanpa nikah atau affair sulit yang toot ini seringkali mengakibatkan mereka mudah mengandung. Walhal pasangan yang berkahwin hampir berpuluh2 tahun lamanya susah sangat nak dapat anak.. Pergi la urut, makan itu ini pergi merancang namun ramai yang kecewa.. Kadang-kala pengguguran juga gagal dilakukan kerana anak itu memang hendak lahir sebagai ujian kepada pasangan yang telah berdosa itu. Adakah mereka akan bertaubat dan menjaga anak itu? Menanam dibelakang rumah? Mencampakkannya ke tong sampah? Meninggalkannya di tempat2 tak terpikir dek akal seperti dipagar masjid atau ditiang elektrik? Kasihan anak itu jika mati.. namun lebih kasihan jika membesar bersama ibu bapa yang langsung tidak mengingini mereka.. (Maybe didera atau membesar sebagai anak buangan anak pungut yang dibenci..)

Namun hari ini istilah anak haram juga merupakan satu penghinaan ataupon cacian kepada seseorang yang kita benci. Cis! Anak Haram tu yang datang sini hari Ahad lepas?? Bastard! Basket Case!! Istilah anak haram ini ditujukan kepada anak-anak halal yang dah tua bangka pon... Bagi aku menamakan seorang itu anak haram yang bila dia nyata2 merupakan anak halal dari perkahwinan yang suci merupakan penghinaan yang amat besar kepada seseorang. Ialah satu penghinaan yang melibatkan kedua ibu bapa orang yang dihina. Sama juga arti kita menghina ibu bapa si polan itu berzina sampai melahirkan orang berkenaan. Dan apakah hukum menuduh orang berzina?? Kalau dia tak melakukan.. maka pergilah bunuh sapa2 yang kamu kehendaki kerana pastinya.. fitnah itu lagi besar dari membunuh.

Jangan sesekali memanggil seseorang yang kita benci dengan panggilan anak haram. Yang korang benci ialah si polan bukan mak bapaknya. Yang korang pi gatal sebut asal usulnya tu buat apa? Tentu2 dia lahir dari mak dia dengan bapak dia kan.. Dibuatnya mak bapak orang tu orang alim, org berilmu yang tentu2 baik dan murni perilakunya... amiklah ubatnya kelak. Might as well korang maki aje dengan memanggil orang itu dengan panggilan.. Pun**k, S**l, dumbass, shitt**s, haram jadah  dan sebagainya.. kalau marah dengan satu individu, jangan kaitkan kemarahan itu kepada mereka dan keluarga mereka. Tak baik.. dan sangat tak macho..  tak cool pon.

Elakkan menyebut perkataan anak haram even kepada anak yang dilahirkan tanpa nikah kerana anak itu suci.. yang menjadi mangsa nafsu serakah dua insan yang tidak memikirkan tindak tanduk mereka dan tunduk pada hasutan syaitan yang keji.. gatal sangat nak toot tapi tak reti2 nak belajar protection... (sebenarnya dah ditakdirkan mereka tiba2 jadi bingai or maybe protection bocor? :P) Mungkin ada yang mengatakan ianya satu istilah.. na ah.. for me ia adalah penghinaan kepada institusi kekeluargan itu sendiri.. kerana bila ada anak... adalah mak bapak.. Anak kepada mak bapak... no no!! still no acceptable and stop it! Jangan sesekali memanggil/menggelar seseorang itu dengan gelaran yang keji hina dan yang tidak disukainya...


“Sesiapa yang tidak mengasihi manusia, dia tidak akan dikasihi oleh Allah.” (Riwayat Tirmizi) dan


Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) nama fasik sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan yang fasik), maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (al-Hujuraat: 11)


ps/jawapan: anak haram tak haram tapi yang haram org yang panggil org dengan panggilan anak haram dan juga pasangan yang keji melahirkan anak haram.. namun Allah maha pengasih dan maha pengampun... kita tidak akan tau pengakhirkan hidup mereka bagaimana... dan kita sendiri jua.. ^_^

^_^ salam pagi Jumaat dari saya.. & Be Nice~ tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi~

2 comments:

hk said...

Betul tu Cik Layd. Saya ada seorang sepupu out of wedlock tetapi dialah manusia yang terbaik di antara kami dari tingkah laku dan baik budinya.

Cik Liza said...

kan? kdg2 yg lahir elok dari keluarga elok pon tak tentu lagi bentuknya.. di beri ilmu tapi kelaut gak.... semuanya dengan?? KehendakNya..

Post a Comment

 
Liza the Lizard: Portrait of a .. weirdo. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino