Pernah tak kalian baca kisah kentang kebencian.
Ada seorang guru menyuruh murid2 membawa kentang dan menamakan setiap kentang dengan orang kebencian mereka dan mereka perlu membawanya setiap hari kesekolah. Ada yang hanya mempunyai 1 kentang, ada yang lebih dari 3. Lama kelamaan kentang itu terasa semakin membebankan, selain dari berat, ia juga mula mengelaurkan bau2an yang tidak enak.
Setelah seminggu, guru itu membenarkan murid2 tidak membawa kentang.. (Buang ke apa ikut sukalah) dan gembiralah murid2 itu kerana tidak perlu menggalas apa2 beban lagi. Masa si guru pon memberitahu kepada murid2.. ''seperti itulah rasanya apabila kita selalu membawa kebencian kita dan tidak mau memaafkan orang lain''.
Rasa benci amat mudah kita perlihatkan. Bukan sahaja dikalangan orang yang kita kenali, malahan tak kenal pon boleh benci (tapi tak kenal maka tak cinta kan? :P).
Situasi benci merupakan satu keadaan dimana alasan, hujah dan maksud tidak perlu dielaborate kerana bagi aku ianya menjadi useless. What for kita penat nak explain kepada orang yang tentu tak suka dengan kita. Contoh: Seorang lelaki dewasa yang benci kepada seorang kanak2 yang bukan anaknya. Mungkin adik atau mungkin sepupu. Sekiranya si budak itu lewat pulang dari sekolah atau secara tidak sengaja memecahkan cawan kaca. Si lelaki dewasa tidak akan mendengar 1001 alasan kerana benci itu telah dititipkan dan disemat didalam jiwa. Budak tu ada tuisyen pon dia tak akan percaya and alasan kanak2 itu masih kecil dan tidak sengaja memecahkan cawan lagi la tidak akan diterima. Budak itu akan dilihat cuai dan tidak berhati2 sewaktu menggunakan peralatan kaca. Kerana benci. kalau suka, pecahkan TV pon tak marah lagi kot??
Zaman kini, alaf baru zaman akhir zaman ialah dimana manusia tidak lagi tahu membendung nafsu amarah dan segala jenis nafsu yang buruk. Nafsu ingin membuat kebaikan dan amal jariah tidak pula meluap2 dalam jiwa. Jika tidak masakan hari-hari kita dihebahkan tentang segala onar dan musibah akibat sikap benci. Bukan sahaja kepada golongan dewasa, malahan golongan yang lemah seperti kanak, bayi dan orang tua pon menjadi mangsa....
Pinang anak dara orang kena reject = tikam, marah anak murid nakal = pukul sampai mati, marah emak tak bagi duit = pukul/ tikam, marah kepada majikan = tembak, keciwa bercinta = terjun bangunan. Semua menjurus kepada hendak mati dan hendak membunuh. Versi sopan pula ialah menghalau atau get rid of orang yang dibenci. Hantar emak rumah orang tua, hantar anak rumah anak yatim, buang anak tepi longkang dan sebagainya. Apa itu penyelesaian kepada rasa benci dan kegilaan anda? Dapat tidur lebih lena ke lepas tu?
Kenapa perlu benci?? Apa hak kita nak benci atau bias?? Kalau kamu tahu membenci, kamu ingat orang suka sangat dengan kamu? Adakah kamu terlalu bagus untuk suka-suka benci orang? Anak orang bini orang suami orang emak orang... Hark tuih, tak boleh kah tak benci.. abaikan saja kalau rasa tak serasi.. kenapa perlu benci? Hobi?
Cinta berkelanjutan (diwariskan) dan benci berkelanjutan (diwariskan). (HR. Bukhari)
Paling kuat tali hubungan keimanan ialah cinta karena Allah dan benci karena Allah. (HR. Ath-Thabrani)
Orang yang punya rasa benci tanpa sebab ialah orang yang gila dari orang yang ada dalam pusat mental tu. Sekurang2nya orang dalam wad ada doktor yang memerhati dan mendapatkan perubatan yang diperlukan. Tetapi orang gila versi benci ini dibiarkan melata, malahan bukan sahaja orang lain tidak tahu dia tu saiko dan gila, malahan dia sendiri pon tak tau dia gila.. :P
Buangkan lah kentang2 kebencian itu kerana ia akan merosak diri. “Hatred is blind, as well as love.” Duhai sahabat.. usah terlalu khuatir terhadap pandangan manusia sedang manusia itu belum mengenalimu,, tetapi bimbanglah jika Allah tidak memandangmu~ dan usahlah bersangka buruk,kerana itu merosakkan jiwa,melemahkan hati*


0 comments:
Post a Comment