Korang biasa tak dengan pokok ceri? pokok ceri ni rimbun and daun nya kecik2 and of course ada buah ceri.. kalau dah terlalu masak buah ni akan busuk or jatuh sendiri and buah yg dah kekuning2an or merah dah boleh makan. Aku membesar dengan pokok ceri. Pokok ceri seolah2 mengikut aku dari kampar sampailah ke shah alam. Kat mana2pon ada pokok ceri.
Sewaktu di Kampar, kami sering bermain di bawah pokok ceri and duduk di dahan2 and kadang2 panjat2 sambil berbual or maybe makan jajan. Bila pergi mengaji ada pokok ceri dekat tepi rumah ustaz, dekat situ juga lah kami duduk sambil menunggu ustaz habis lunch. Dekat teluk intan aku tak ingat ada atau tidak pokok ceri kerana terlalu sekejap menetap di sana... maybe around 4-5 bulan sahaja before kami proceed ke Shah Alam.
Bila menetap di kelana jaya, kami sering ke tasik di Kelana Jaya (not so sure which tasik sekarang) untuk beriadah maybe (totally lupa).. and kami adik beradik akan ke pokok ceri berebut2 mencari buah yang dah masak. Macam biasa emak mengingatkan kami, jangan makan buah tu. kotor etc etc. Kadang2 kami makan jugak sembunyi2 and buat peluru baling2. Siapa kena kotorlah bajunya kan?
Selepas itu kami jarang berjumpa pokok ceri sehingga aku ke sekolah menengah. Kali terakhir aku encounter pokok ceri ialah sewaktu menunggu komuter di stesen komuter subang jaya untuk pergi kelas tuisyen (for SPM). Percaya atau tidak di sebelah sign board SUBANG JAYA ada pokok ceri. Tapi dekat luar pagar lah. So aku dan kawan2 akan berdiri di sign board sambil mencari2 buah ceri. Mula2 kawan2 tidak berminat dengan buah ceri itu, namun bila aku asyik mengutip (seminggu 2x) maka kami bersaing untuk mendapat buah yang paling elok/ Buahnya amat sedikit maybe kerana keadaan tanah yang kering dan kedudukannya yang agak mengerikan.. Tepi landasan kot. Dan sampai lah kehari ini, aku hanya melihat pokok ceri dari dalam kereta sahaja dan masih teruja ingin mencari buah ceri merah. Aku wonder, adakah pokok-pokok ceri berkenaan masih ada di tempat2nya??
But its OK cos i have my own pokok ceri here.. ^_^


5 comments:
aiseh! tak sempat nak tunggu musim ceri tahun ni...
suka pokok ceri sebab redup je kalau parkir kereta
tp kalau masa hujan jenuh kelabu asapla cermin kereta nanti...
musim ceri bila kak mantan?? hehe... kalau ada kesempatan snap la gambar pokok untuk saya.. T_T
cik Nor.. ^_^ so far tak penah park bawah pokok ceri cuma tuan kereta suka berjimba2 diatas dan dibawah pokok.. lols
musim ceri masa musim luruh, sama ngan epal. kena pi ladang dia la kalau nak bergambar, akak selalu beli buah kat kedai saja...fresh cherries sangat sedap, manis dan bersari hehehehe
wahh.. jeles... i suka cherry tapi kalau dah letak atas aiskrim atau kek. kurang la plak.. ^_^
Post a Comment