Monday, May 16, 2011

cikgu saya


Macam tajuk karangan sekolah untuk murid2 tahun 3 aje.. wakakakakaa.. apakah yang anda imagine bila disebut perkataan cikgu? seriously aku hanya pikir 1 aje.. "Cikgu suka main bola hari2 cikgu main bola.." wakakaka penangan abang Ram.. :P

Aku ada ramai cikgu... dari tadika sampailah ke ITM.. dari kampar sampai la ke johor... ahaks.. aku tak ingat nama tadika, SK kampar, SK Dato' Yahya Suban, SMS Kg Subang, SMK Subang Utama and ITM Segamat.. huhu 

CIkgu kelas and cikgu matapelajaran lain.. tapi yg aku paling ingat cikgu waktu SPM (ITM takde feel dah sebab pensyarah kan... hehe plus masa tu dah beso kot.... xfeel gitu).. so barisan cikgu2 ialah = cikgu BM Datin Azizah, cikgu disiplin cikgu Mansor (takut bini), cikgu agama Ustaz Awie (sbb suara dia sedap macam awie), cikgu Seni Puan Zaharah, and yang paling penting cikgu kelas Puan Teoh... (cikgu lain lupa nama) huhu disebabkan aku berada kelas yang agak corot.. cabaran untuk cikgu kelas sangatlah mencabar.. kelas kami berada di hadapan bilik guru (setentang dengan pintu bilik guru besar)... cikgu selalu macam lost hope and keciwa dengan perangai kami especially rakan sekelas.. kadang kala cuma ada 3-4 orang aje dalam kelas sebab budak2 suka ponteng dan malas pergi sekolah. Cikgu mengajar matematik dan sains.. cikgu matapelajaran ada yang sampai menangis...  ada yang boikot kelas sampai seminggu, masuk duduk diam aje xmengajar.. macam2 lah.. tapi cikgu kelas aku rajin.. mengajar slowly and sabar....

Masa tu aku sedar.. bukan senang nak jadi cikgu. Kalau aku jadi cikgu mungkin ada budak2 yang akan koma aku karate atau aku sendiri masuk ICU kena bedal.. kesabaran dan ketaban itu perlu... apa yang penting? bukan sahaja kerjasama tapi kesabaran... dan kejayaan kita merupakan sesuatu yang menggembirakan cikgu. Puan Teoh menitik2 air mata bila ada student yang dapat pangkat dalam trial SPM. even tho hanya 4 orang dalam kelas.. maybe dia ingat semua pon bingai kan.. tapi dia gembira kerana usahanya sebagai guru berjaya.. and masa SPM pon 4 orang tu jugak la dapat pangkat 1. huhu 

Pengorbanan dan jasa guru amatlah besar. Bukan sahaja cikgu mengajar kita ilmu, malahan dari sudut disiplin dan tingkah laku.. adab sopan pon cikgu ajar.. kita buat salah cikgu tegur dan sebagainya.. 

Selain itu... banyak masa kita penuhi dengan cikgu.. 5 hari seminggu.. dan kita kadang-kala lebih banyak merujuk pada cikgu sebab parents kan sibuk dengan adik2.. huhuhu

To my cikgu.... even tho i am so keji masa time skolah.. time cikgu marah i cekak pinggang, time cikgu ngajo xbest i pi tidoq, saya sayang cikgu kerana cikgu mengajar saya jadi manusia berilmu dan berakhlak.. ^_^ (saya tak ponteng kan cikgu.. wakakaka even tho kawan saya ajak pi subang parade makan pizza cuma saya keji sikit aje.. :P)..

I wish i could see my teacher someday... sigh.. we <3 u so much cikgu..

Selamat Hari Guru to all cikgu diseluruh donia.. =_=

2 comments:

hk said...

Ustaz Awie pun ada? Hehe.


Selamat hari guru.

Cik Liza said...

:) ustaz tu rock.. selamba aje mcm awie.. cuma xde rupa awie langsung. wakakakaa

Post a Comment

 
Liza the Lizard: Portrait of a .. weirdo. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino