May is Mommy's Day.. and also Teacher's Day. and June is.. tadaa... Daddy's Day...
It's been 3 years since abah left us.. 5th January used to be a happy day for all of us before... It is ABAH's birthday... We will wish him happy birthday and we will go for makan-makan and tease him and enjoy our happy day together.. Sayang abah!
Abah dilahirkan pada 5th January 1950.. He is the first son of the family... Abah ada2 adik perempuan.. dan selepas Opah and Atok berpisah, masing-masing berkahwin dan Opah mempunyai 3 anak (1 lelaki 2 perempuan) and aku tak pasti berapa anak Atok.. rasanya 4 atau 5...
Abah bekerja di JPT dan kemudian abah bekerja dengan Telekom Malaysia sehinggalah beliau berpencen... Abah merupakan seorang handy man.. Sebut aje, semua dia boleh buat.. Semua orang panggil dia Macgyver and memang banyak tools untuk repair, gardening dan sebagainya... ABah merupakan seorang yang pendiam, tak banyak cakap, penyabar, tenang dan suka bergurau... Muka dia macam garang tapi abah sangat tak garang tapi kalau dia marah.. memang satu rumah kecut perut.. ^_^
Abah juga pandai matematik... Bila bertemu dengan pakcik-pakcik dari belah dia, semua kata abahlah yang ajar matematik.. Oleh sebab itu dia boleh bekerja sebagai Technical Officer di TM... kerja abah bukan repair telefon walaupon pada mulanya dia pernah menjadi team pasang tiang telefon pergi ke Cameron Highland masa kami tinggal di Kampar... Abah bertanggungjawab menjaga mesin komunikasi antara pilot dan tower (airport).. dan juga alatan yang anda lihat ada dipadang airport.. dan beberapa tiang telekomunikasi yang ada dimana2... Jadi sebab airport 1 malaysia ada.. Abah memang kerjanya round 1 Malaysia... Terengganu, Kedah, Perlis, Sabah Sarawak.. Abah jugak pergi kursus 2 kali di Paris and London... untuk belajar pasal DVOR/DME..
Apa DVOR/DME?
DVOR is the basic Electronic navigation that in use today.. wohoo...
DME? DME (Distance Measuring Equipment)...
Memang kerjanya standby saja... kalau rosak tak kira masa kena pergi.. and kami memang dah biasa abah kerja jauh... sebab tanggungjawabnya..
Abah pencen pada tahun 2005 tak silap.. And lepas tu Abah pergi Umrah dan Haji dengan Mama.. and 3 tahun selepas itu, abah meninggalkan kami sewaktu sedang solat maghrib...
Kematian Abah merupakan dalam keadaan mengejut kerana beliau tiba-tiba rebah dan terus tidak sedarkan diri... Aku cuma dengar suara mama menjerit dan aku keluar melihat abah terbaring bersama beberapa kawannya... Dalam benakku cuma terfikirkan.. yang abah akan meninggalkan kami kerana kaki abah dah terasa sejuk dan kebiruan.. namun kami tetap keluar mencari doktor, and bila pulang ambulan dah sampai, doktor pon dah sampai.. and jiran2 semua menggelengkan kepala kepada kami.. Aku tak rasa dunia ini hancur atau pecah tetapi aku merasakan waktu terhenti dengan agak lama.. Aku tidak dapat berfikir normal, aku tidak tahu siapa yang ada dirumah.. AKu tak tau hari itu hari apa, makan minum semua tak terlintas... Aku duduk blur...
Pada malam itu juga, aku ke Melaka menyampaikan berita kepada adik bongsuku.. apabila pulang baru aku sedar, santapan terakhir ialah Nasi Goreng dan Ikan Keli Goreng pada waktu tengah hari bersama arwah abah... Abah suka bahagian ekor and mama akan ambil bahagian kepala... Tanpa aku sedar aku telahpon berlawak tentang cuti lama yang akan aku ambil... Aku bercuti seminggu selepas kematian abah.. Pada hari Jumaat sebelum kematian abah, aku berkata kepada kakak yang duduk dibelakangku (Kak Rose).. "Akak, saya rasa saya nak cuti panjang minggu depan".. and memang aku cuti panjang..
Kini genap 3 tahun abah meninggalkan kami... Pada mulanya aku terfikir.. bagaimana Hari Raya tanpa abah, puasa, cuti, and hari-hari tanpa abah... Kerana aku merupakan anak yang paling rapat dengan abah.. Kami berempat semua perempuan, bukan tak rapat dengan mama tapi yang lagi 3 lagi manja dengan mama.. and aku dikenali sebagai kroni abah.. And aku ingat masa kenduri ada orang mengatakan muka aku sebijik muka abah... Anak abah dan mama...
Memang terasa kehilangan sampai ke hari ni.. Emak dan Abah kandung, mana ada ganti.. kalau nak berganti pon akan jadi tiri atau angkat.. Makcik Pakcik jauh sekali. Tidak ada sedetik pon hari berlalu tanpa melupakan abah... InsyaAllah.. pesan abah takkan aku lupa.. Jaga Mama dan jaga adik-adik and Iyadh...
Redha.. Dugaan tidak akan datang jika kita tidak mampu.. Yang sebenarnya kita mampu, cuma perasaan sahaja yang memikirkan kita tak mampu menghadapinya... Namun kadang-kala kerinduan membuatkan kita ingin membuat perkara-perkara tak betul.. ANtaranya dial office number which is riddicolous sebab abah dah 3 tahun pencen masa tu.. Or merasakan yang abah outstation mcm biasa.. huhuhu
Buat anda yang masih mempunyai Ibu dan Bapa, hargailah mereka ketika mereka masih hidup.. As for me, I still have my mama... and aku masih memerlukan doa dari mama... huhu
Al Fatihah for my dearest ABAH and may his soul rest in peace.
Till we meet again in Jannah... We love and missed you dearly ABAH...

2 comments:
sob sob...
kematian mak aku pun mengejut
brp lama aku ambik masa nak tune kepala otak yg arwah ma (aku panggil mak aku ma) dah takder. Aku selalu mengimaginekan yg dia pergi somewhere dan nanti dia akan pulang. susah sgt nak terima hakikat tu sbb kitaorg rapat ngan arwah.
kalau emak lagi menyedihkan.. huhuhuhu
al-fatihah utk ur ma and my abah..
Post a Comment