Tuesday, June 14, 2011

Oh! Serabut

Salam Sejahtera Semua.. ^_^

Kepada yang pernah membaca blog lama aku... Aku pernah menulis tentang turun naik aku ke mahkamah pada tahun 2009. Bukan kerana berdebat tetapi menuntut faraid (menyelesaikan kes harta pusaka tanpa wasiat mengikut hukum faraid) dan Sijil Faraid pon telah diperolehi pada June 2009.

Untuk menuntut Faraid, kami melantik seorang peguam yang dikenali dari keluarga kerana kami tidak mengenali mana-mana peguam sendiri. Maka dengan bantuan lawyer, kami berjaya mendapatkan Sijil Faraid berkenaan setelah melakukan pelbagai proses di Mahkamah TInggi Shah Alam. Kami penah mencuba untuk ke Amanah Raya, namun membaca borang Amanah Raya aje boleh membuatkan kepala biol separa...

Jika mengikut prosidur normal, setelah mendapat Sijil Faraid, Sijil itu akan diguna pakai untuk mendapat LA ("Letter of Administration) dari Mahkamah Sivil... dalam masa tidak sampai 6 bulan.. Unless jika berlaku perebutan atau pertelagahan dalam isu jumlah pembahagian...  Dalam kes kami agak unik kerana arwah abah tidak mempunyai anak lelaki... Ayah sudah meninggal dan tiada apula anak seibu sebapa lelaki. Maka yang layak ialah isteri, anak-anak perempuan, adik-adik perempuan (2) dan ibu kandung...

Semua berjalan lancar, tiada perebutan dan sebagainya.. Namun entah dimana silapnya.. proses yang sepatutnya berjalan lancar tidak sampai 6 bulan (according to my ex boss which is a lawyer himself) tidak selesai sampailah kehari ini.... June 2009 hingga June 2011.. Tiada langsung perkembangan pada file kami... Constant follow up dah buat.. Sampai naik muak dan jelak.. Fed up dengan janji-janji lawyer... Tambahan pula Mahkamah Shah Alam/Selangor akan berpindah ke lokasi baru.. File hilang... (huh?? sistem filling mahkamah? apakah).. dan lawyer memberikan alasan sibuk busy nanti saya call balik.. dan mengambil masa hampir 6  bulan hanya untuk mencari file yang hilang... Menurut peguam kami sedang menanti tarikh untuk sebut kes.. Itulah jawapan yang kami terima sejak hari raya 2010 sebelum jawapan tentang hilangnya file.

Itu baru kes aku... bagaimana pula dengan kes-kes yang lain? Kes cerai, kes tuntutan hak, kes jenayah dan sebagainya... 

Aku tak tahu apa yang patut aku bakar, rumah lawyer ke atau mahkamah? Sapa yang buat onar, lawyer ke or mahkamah?? Ya Hakim.. Ya Peguam..

Dari Buraidah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Hakim itu ada tiga, dua orang di neraka dan seorang lagi di surga. Seorang yang tahu kebenaran dan ia memutuskan dengannya, maka ia di surga; seorang yang tahu kebenaran, namun ia tidak memutuskan dengannya, maka ia di neraka; dan seorang yang tidak tahu kebenaran dan ia memutuskan untuk masyarakat dengan ketidaktahuan, maka ia di neraka." Riwayat Imam Empat. Hadits shahih menurut Hakim. 

Aku tak faham kenapa susah sangat nak buat perkara betul.. Jika kamu seorang hakim dan peguam, kenapa sukar untuk kamu membuat keputusan yang benar... Jika mereka yang menjadi saksi harus mengangkat sumpah.. Saya sekian bersumpah akan bercakap benar tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka/sahaja..

Susah ke? Ini kes harta.. Memang memerlukan harta tapi belum sampai tahap mendesak tak makan siang malam.. Bagaimana pula dengan kes melibatkan nyawa..? Jika file senang-senang boleh hilang, bagaimana pula dengan keputusan? Bukankah banyak kes yang kita tahu keputusan itu tergantung or worst.,.. orang yang tidak bersalah dihukum.. Or orang yang nyata jahat itu lepas?

Kata-kata "Lebih baik melepaskan orang yang bersalah dari menghukum orang yang tidak bersalah..." masih wujudkah?? masih relevan kah?? atau pangkat, harta dan kedudukan mengatasi keputusan yang adil??

Perkara yang sama juga berlaku pada kes perceraian.. Sememangnya perceraian itu bukanlah perkara yang disukai.. namun jika perkahwinan itu memudaratkan.. jalan terbaik ialah cerai..  Bercerai setelah semua perkara ditimbang... Jika perkara mudah dan boleh diselesaikan.. selesailah cara baik... Jika perkahwinan itu membuatkan si isteri berdosa, tidak hormat suami, tidak suka suami benci kutuk hina pukul... Kenapa harus dipertahankan? Duduk dalam keadaan berdosa... Dalam kes bercerai juga kadang-kala mengambil masa yang lama... Jika pihak berkenaan sudah sebulat suara untuk bercerai, maka ceraikanlah setelah berusaha, jika drag sampai berpuluh-puluh tahun.. Untuk apa??

Aku juga berkesempatan duduk di kamar mahkamah Syariah mendengar kes cerai dan tuntutan harta pusaka... Di mahkamah syariah semua akan masuk kekamar (ada polis :P) dan satu persatu kes cerai berai aku dengar.. Dari kes suami berkahlwat dan duduk serumah dengan Wanita indonesia sampailah kes baru kahwin tapi entah apa problem nak cerai tapi tak dapat-dapat cerai kerana suami tidak memberi kerjasama...

Si Isteri menangis-nangis kerana buntu tidak dapat melakukan apa-apa... Dengan suami dah tak sebulu tapi tak boleh cerai.. Ayoo.. macam-macam hal..Mungkin aku harus ke Mahkamah lagi untuk mendengar kes terkini...

The point is.. mahkamah dan sistem keadilan.. masih adilkah?? Atau ada yang adil ada yang tidak?? Berapa ramai orang yang bila sebut mahkamah akan mengeluh.. Bukan sahaja kerana soal ongkos, tapi masa dan juga keputusan... Based on apa yang dibaca di akhbar, aku boleh rumuskan... Tidak semua orang yang bersalah itu akan dihukum, tidak semua orang yang menjadi mangsa akan mendapat keadilan dan mahkamah memang akan memakan masa jika anda adalah = marhaen... 

Kes profil tinggi? Adakah?? Bukankah semua kes yang masuk kedalam mahkamah itu penting? Tidak kira anak Tukang Cuci atau Penyambut Tetamu di Hotel 2 bintang? Sememangnya manusia ini dikelaskan mengikut kategori, penting dan tak penting. Jadi siapa yang penting? Orang kaya atau orang berkedudukan tinggi? Selalu nya orang berkedudukan tinggi ini akan kaya.. walaupon mereka kurang cerdik bukan?? jadi apakah keadilan layak mengikut kategori bukannya untuk semua?

Jadi apakah besok bila mereka mati.. mereka masih diberi layan AAA?? No such thing unless mereka mengumpul amal yang cukup dan merupakan hamba yang taat...

Apakah mereka tak ingat mati?? Fuhh..... apakah benar aku menulis topic ini pada jam 10 pagi hari selasa?? Kenapa ya? Sememangnya aku amat buntu.. Tidak mampu memikirkan apa lagi tentang hal mahkamah.. InsyaAllah nyawa panjang selesailah kes itu..Tapi tak tau bila.. Entah apa masalah pon tak pasti.. Bila berfikir hal harta pusaka, aku hanya mampu menggelengkan kepala beberapa kali. Sambil menarik nafas panjang... Sama juga jika aku merasa runsing dan sangsi... Menggeleng kepada seolah-olah masalah itu merupakan kelemumur yang akan terbang keluar dari kulit kepala.

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki....

Sama-samalah kita doa agar urusan kita dipermudah untuk apa jua urusan dan apa jua keadaan... InsyaAllah.. 


Jom baca slogan.. " Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan " "Tegas, Adil dan Berhemah" "Mesra, Cepat dan Betul"  'Perkhidmatan Berkualiti dan Berintegriti ' Amanah Berkhidmat Ikhlas Dedikasi (A.B.I.D.)" "Berkhidmat Untuk Negara"


Janganle bace aje... macam jugak.. jangan tulis aje... ^_^ nak bako aje? cekcibo bebeno le kome...

2 comments:

plug2pin said...

aku pun tak fhm la cam kes2 laki bini kan...laki dok dera bini, bini gi mahkamah minta cerai...apa kejadahla suh bini blk bincang ngan laki dulu..dah sah2 org tu mesti kena pelempang lagi ngan laki dia tu...

Cik Liza said...

nak suruh bincang.. yg aku punya tak perlu bincang tak juga selesai2.. huhu

Post a Comment

 
Liza the Lizard: Portrait of a .. weirdo. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino