Monday, June 6, 2011

aku berkursus 2 hari

Magis? hehe.. aku merupakan seorang yang sangat-sangat-sangat-sangat malas pergi menghadiri kursus. Bukanlah anti kursus tapi tidak minat.. Tak malas tapi tak berapa gemar...

Tapi sahabatku berjaya membawa aku ke kursus selama 2 hari pada 4 June 2011 - 5 June 2011. Walaweh.... 2 hari.. 1st day 1/2 day and 2nd day almost full day. Siap book kursus pun nama aku. Ho! ho! tu dah terlebih rajin tu... 

Kursus bermula pada hari sabtu. Jam 10 pagi kami perlu berada disana untuk proses registration dan juga pembayaran. Masa sampai cuma ada beberapa orang sahaja kerana kebanyakan sudah register dahulu pada hari lain and cuma datang bawa badan lepas waktu zuhur. Tepat jam 2 petang, kursus pun bermula... pen hitam kegemaran, setin (bekas tin) gula-gula peach dan juga sebotol air mineral menjadi bekal. 

Amatlah susah nak stay awake dalam kursus dalam keadaan yang sejuk dingin dan letih... Kerana sehari sebelum kursus aku ke hospital untuk ujian darah dan urine... menaiki bas dan travel kesana kemari menaiki bas bukanlah proses yang menenangkan.. Dan juga mungkin kerana excited nak ke kursus aku tidak mampu tidur awal.. atau mungkin juga mata dah biasa lelap jam 1 pagi daa....

Hari pertama kursus tamat pada jam 7.30 petang dan aku rushing balik ke rumah dan sampai jam 8malam++ Untuk dinner dan membeli barang dapur, last2 rehat jugak jam 11malam++.. keesokan harinya haruslah mendaftar pada jam 7 pagi!... Shah Alam dan Bangsar bukanlah dekat mana.. tapi jalan yang lancar kami sampai pada jam 7.15 pagi... 

Hari kedua merupakan hari yang lagi mencabar kerana keletihan yang terlebih berbanding hari pertama. ALhamdulillah, kursus banyak membawa bahan-bahan yang lucu dan menarik jadi kuranglah rasa mengantok.. Makan gula-gula.. Bila aku rasa aku sangat tak mampu nak buka mata, aku pon keluar pen dan conteng. Itulah teknik yang terakhir aku buat. Mungkin kerana ability, aku lebih concentrate bila doodle. Bila aku mendoodle sebenarnya aku lebih mendengar dan lebih alert pada perkara lain which menjadikan doodle itu lebih kemas. Hermm.. macam tak synchronize aje kan? Tapi itulah kenyataan...Bukan semua dalam dunia ni synchronize pon kan? Ada juga yang dijadikan penuh dengan kekurangan tapi itulah sifat sesuatu perkara itu... cuma kita aje tak nampak kesempurnaannya?

Fuh.. kursus hari kedua berakhir dengan sketsa yang agak funny tapi menghiburkan.. dan tamat pada jam 6.45petang. ALhamdulillah.. Akhirnya kursus yang pada dulunya kami ingin attend pada usia 25 tahun akhirnya aku pergi jugak 7 tahun lewat... Haha... takpelah, pergi aje untuk tuntut ilmu.. ^_^

Total of 17 hours.. Sijil keluar hari rabu.. Nanti ambil buat filling jadi bertambahlah 1 sijil... Cuma sijil ni berbeza sikitlah dari sijil-sijil lain.. Tak boleh buat mintak kerja.. Hehe and tada.. bahana bila aku dapat file.. jadilah file Anna Sui.. (inspired nak ikut Anna Sui punya artwork)..
Tahniah aku ucapkan pada diri aku dan sahabat serta Encik bakal-bakal sahabat kerana berjaya menghadiri kursus.. hahaha... RM80 dei... nanti harus ambil sijik and laminate simpan elok-elok jangan bagi jadi belacan..

2 comments:

strawberi said...

kursus kawen yer..hehe..kt opis aku br buat wiken br nih..rm50 je..hiksss

-sweet bee

Cik Liza said...

wakakaka.. cak SB.. ^_^
ni kursus pi saja2 aje... sbb org ajak.. hehehe

uiks.. murah!! ala.. dah pergi yg 80 camno?? :P

Post a Comment

 
Liza the Lizard: Portrait of a .. weirdo. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino