Saturday, June 11, 2011

Farah ke Nashville

Hari ini tepat jam 3 petang, anak buah teman yang paling tua (18 tahun umurnya) selamat bertolak ke USA...  Omg.. macam tak percaya aje aku ada anak buah dah besar panjang macam tu.. Macam tak percaya aje Kak Long dah besar dan nak masuk universiti dah.. ^_^

Anah buah aku ni merupakan anak kepada cousinku yang merupakan anak kepada kakak emakku. Nur Ahadiah Farahana Binti Zuraini namanya... secantik namanya secantik itulah orangnya..

Kami rapat sejak Farah masih kecil lagi kerana bapa Farah memang menetap di area Subang kerana bapanya merupakan bekas Ketua Pramugara waktu mudanya... (kacak..) so beliau berkahwin dan menetap disini sampai lah beranak 4. Farah merupakan anak sulung kepada pasangan itu dan kini mereka menetap di Puncak Alam.

Syukur Alhamdulillah, Farah membesar sebagai sorang gadis yang bijak pandai dan bersopan santun.. Dan beliau mengambil keputusan menyambung pelajaran ke USA dalam bidang Chemical Engineering.. InsyaAllah.. Mak Ngah berharap Farah berjaya dan pandai jaga diri sewaktu diluar negara.. Tsk tsk... (emo sat)
Farah bertudung putih, bertudung coklat ibunya dan baju biru anak bujang aku daa... ^_^

Perjalanan beliau untuk sampai kesini sekeluarga bukanlah perjalanan yang mudah kerana jatuh bangunnya keluarga tersebut berlaku didepan kami sekeluarga. Dari senang-sesenang senangnyanya sampai lah susah-sesusah susahnya kami lihat mereka hadapi dengan tabah demi anak-anak. Buat anak buahku Farah, buatlah kedua ibu bapamu bangga... Mak Ngah tumpang bangga sekaki naa... lols... inysaAllah, Farah mampu mengubah nasib keluarga.. dan buktikan kepada atok nenek serta pakcik-pakcik yang angkuh dan berlagak tuh.. yang keluarga Farah pon mampu berjaya walaupon tanpa sokongan mereka.. 

Hurray!

0 comments:

Post a Comment

 
Liza the Lizard: Portrait of a .. weirdo. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino