Sesuai benar dengan pepatah harapkan pagar, pagar makan padi.. gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut, udang disebalik mee dan sebagainya.. inilah dia sebuah kes kematian tragis dan menyayat hati..
Kejadian berlaku pada tarikh dan masa yang tidak diketahui di alamat yang dirahsiakan.. Setelah tinggal bersama untuk jangka masa yang agak lama, pembunuhan yang agak tragis terjadi dan seperti biasa ia dilakukan oleh mereka yang berada disekitar kita/dikenali... bukan angkara pihak ketiga nor stranger..
Pada jam 12.30 tengah hari aku melihat lifeless body berkenaan terdiam kaku suda... manakala yang lagi satu duduk diam seolah-olah tidak bersalah... Oleh kerana mereka hanya berdua menetap disana, dan tiada siapa pon yang pernah melawat mereka untuk jangka masa agak lama, tentu lah si lagi satu yang membuat onar... Dan aku bertekad mem"buang"nya dari "rumah" itu... Bukti sudah jelas dan memang no doubt itu angkaranya..
Gambar kenangan lalu.. huhuhu i don't know which one ate the other one sampai terputus dua dan tertinggal kepada, sisik dan tulang sahaja.. but i can tell u the killer is so freaking fat and kenyang and the water has the smell of death! sisik, daging ikan dan keladak2 daging memenuhi pam oksigen... dan air kolam yang sepatutnya hijau jernih jadi sekeladak ya amat.. uhuhu.. and yeah! he is so ready to go to the river... dan zas aku curahkan dia kesungai ditepi rumah... moga2 dia akan makan apa yang patut didalam tu..
Maka dengan ini, tamatlah karier saya sebagai seorang.. penternak ikan puyu.. (2 aje pon).. huhuhu
ps/keji sungguh mencuci kolam kematian... =_=

2 comments:
ganasssssssss
keji tau.. dah takde ikang dah nii
Post a Comment