Sesungguhnya tika dan saat ini merupakan saat yang tidak enak buatku... Segalanya berjalan dengan tidak lancar dan pelbagai dugaan kuhadapi dan kejadian bertimpa2... dari A ke B C D E F G H. Sebagai insan yang amat lemah, seribu keluhan dan pelbagai kata-kata yang bermula dengan suku kata beracun "KALAU", "IF" dan "ALANGKAH BAIKNYA" keluar dari mulut dan terdetik di hati.. cuma air mata sahaja yang belum layak melimpah keluar.. (tahan.. konon macho).
Disaat ini pelbagai cubaan yang tidak berguna untuk mendapatkan ketenangan dan perlindungan terlintas dalam benakku.. Antaranya ialah berharapkan bila tidor, esok pagi semua selesai, apabila memejamkan mata, semua akan bertukar bila mata dibuka kembali, apabila keluar ke sesuatu destinasi, akan mengambil masa yang lama dan bila kembali semua berubah dan apabila menarik nafas panjang perasaan kecamuk berubah... namun nanadonya..
Kalau lah semua kalau itu realiti, amanlah dunia dan selamatlah segalanya yang penuh dengan kepelikan... which is memang tidak mungkin! oh! tak mungkin..
"Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)"

0 comments:
Post a Comment